Kekurangan bahan bacaan dan rujukan IT dalam bahasa Melayu menyebabkan masih ramai yang ketinggalan. Siapa kata dengan rujukan bahasa Melayu menyebabkan kita terlalu dimanjakan dan makin mundur kerana tidak tahu berbahasa English. Orang Jepun masih menguasai kepakaran teknologi kita dan boleh bekerja di negara kita walaupun mereka tidak pandai berbahasa English ..
Oppppsss ...tetapi jangan salah sangka penguasaan bahasa English juga penting agar kita sentiasa lebih peka dengan perubahan dunia. Maka dengan ini kami masih mengekalkan beberapa bahasa komputer kepada bahasa English kerana merujuk kepada perkataan English itu sendiri yang terdapat pada skrin komputer anda.
Jangan takut ...kerana ianya mudah dan anda akan lebih mahir dalam penggunaan komputer dan berbahasa English ...
Untuk permulaan kami menawarkan E-Book Pakej Microsoft Office XP.Mungkin ramai mengatakan versi ini ketinggalan tetapi tanpa anda sedari masih banyak pejabat2 besar masih menggunakan versi ini, KENAPA peruntukan yang mahal untuk meng UPGRADE atau menaik taraf diperlukan kerana harga setiap perisian (Software) ini begitu mahal untuk yang ORIGINAL lah ye ..dan pejabat yang besar tentunya mempunyai beratus-ratus malahan beribu buah komputer.
Panduan langkah demi langkah dari pakar komputer kami. Ayuh ikuti kami mempelajari IT dengan cara yang lebih MUDAH.... MudahIT
Tuesday, November 9, 2010
Posted by
Roziah Fadzil
at
11:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment