MICROSOFT POWER POINT DAN PENGGUNAANNYA

Wednesday, November 10, 2010

P
owerPoint membolehkan anda mencipta satu computer presentation (persembahan layar komputer) , persembahan overhead dan cetakan yang profesional. Ianya memberi peluang kepada anda menunjukkan kreativiti anda dalam mencipta sesuatu yang menarik dengan menggunakan teknik-teknik istimewa yang terdapat di dalam PowerPoint.

Imej atau gambar di dalam presentation (persembahan)boleh menjadikan ianya sesuatu yang mudah diingati oleh penonton. Mungkin anda ingin menunjukkan himpunan gambar yang menarik beserta dengan perkataan kepada keluarga anda. Mungkin anda menjalankan perniagaan direct selling yang perlu memberi penerangan yang boleh memberi kesan kepada downline anda. Mungkin anda seorang guru yang ingin memberi pelajaran yang lebih menarik supaya dapat mengurangkan kesan mengantuk kepada anak murid .Atau mungkin anda seorang pegawai tinggi yang ingin mengusulkan sesuatu projek besar kepada Pengarah anda. Ya! Semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan Power Point.

APAKAH ITU MICROSOFT WORD DAN PENGGUNAANNYA ?


‘Word Processor’ atau pemprosesan perkataan adalah salah satu ‘software’ (perisian) yang menunjukkan kehebatan komputer. Walaupun banyak jenis ‘software’ untuk ‘Word Processor’ ini tetapi ianya berkongsi asas penggunaan yang sama.
Anda perlu memilih Microsoft Word jika tugasan anda lebih kepada perkataan seperti menulis surat, esei, pantun, novel atau artikel2.
Buku ini akan mengajar anda asas-asas yang perlu dipelajari dalam Microsoft Word yang merupakan salah satu ‘software’ berbentuk ‘Word Processor’. 

Panduan langkah demi langkah dari pakar komputer kami. Ayuh ikuti kami mempelajari IT dengan cara yang lebih MUDAH.... MudahIT

Tuesday, November 9, 2010

Kekurangan bahan bacaan dan rujukan IT dalam bahasa Melayu menyebabkan masih ramai yang ketinggalan. Siapa kata dengan rujukan bahasa Melayu menyebabkan kita terlalu dimanjakan dan makin mundur kerana tidak tahu berbahasa English. Orang Jepun masih menguasai kepakaran teknologi kita dan boleh bekerja di negara kita walaupun mereka tidak pandai berbahasa English ..

Oppppsss ...tetapi jangan salah sangka penguasaan bahasa English juga penting agar kita sentiasa lebih peka dengan perubahan dunia. Maka dengan ini kami masih mengekalkan beberapa bahasa komputer kepada bahasa English kerana merujuk kepada perkataan English itu sendiri yang terdapat pada skrin komputer anda.

Jangan takut ...kerana ianya mudah dan anda akan lebih mahir dalam penggunaan komputer dan berbahasa English ...

Untuk permulaan kami menawarkan E-Book Pakej Microsoft Office XP.Mungkin ramai mengatakan versi ini ketinggalan tetapi tanpa anda sedari masih banyak pejabat2 besar masih menggunakan versi ini, KENAPA peruntukan yang mahal untuk meng UPGRADE atau menaik taraf diperlukan kerana harga setiap perisian (Software) ini begitu mahal untuk yang ORIGINAL lah ye ..dan pejabat yang besar tentunya mempunyai beratus-ratus malahan beribu buah komputer.